Sunday, March 14, 2010

MINGGU YANG AKU TUNGGU

He he he.....isnin datang lagi....adusss kerja kerja kerja selagi tak tutup mata kena kerja.......sejak akhir-akhir ni kesihatan aku ni tak berapa bagus la.... asyikkk sakit aje... mungkin tahun 2010 ni kesihatan aku kacau sikit kot...sakit2 badan aku ni tak tahu la pasal apa.......tumpuan kerja pun semakin menjunam, tak bersemangat macam dulu.
Nak kata rindu kat suami memangpun, tapi hari-hari gak aku call dia, dia call aku.... rasanya tak jugak kot. Nak kata rindu kat mak, aku baru call dia, alhamdulillah mak sehat cuma jari mak kena gigit kucing aje....apalah punya kucing, dia ingat tangan mak aku ni badan tikus ke......nanti ko aku balik kampung.....aku dusss ko sekali.... berani eh ko gigit tangan mak aku...... hantu betullll.
Aku ni masih mencari mood nak wat kerja-kerja yang tersangkut sejak dari dulu-dulu lagi.Banyak benda yang tak selesai dalam hidup aku ni. Harapan aku minggu ni akan membawa satu perubahan besar dalam hidup aku ni sampai la bila-bila.... takkan la selamanya hidup kita ni akan susah terus, mesti gak ada kesenangan selepas dari kesusahan yang kita tempohi. Selepas susah ada senang dan selepas susah ada senang... ha ingat tu selalu......Amin.....
Oppppssss nampaknya aku macam tak ada idea sangat la pagi ni. Mungkin sebab aku masih "GELONG" kot, banyak sangat makan ubat....tahan sakit daaaa

No comments:

Post a Comment