Sunday, March 28, 2010

LA LA LA LA LA LA LA

hi...isnin datang lagi.....walaupun kepala aku sakit tetapi aku rasa sangat bahagia dua tiga hari ni.....kenapa???? sebab......aku dapat dengar suara dia.......orang yang aku harap dapat bagi aku sedikit kekuatan dalam mengharungi hidup aku ni....la la la la la "andai aku jadi milikmu, akan ku nyanyikan lagu rindu".....aku tak tahu kenapa aku rasa sayang sangat dengan dia, mungkin kerana dia juga telah melalui keperitan hidup yang sama dengan aku...dia kuat dan dia tabah dapat membesarkan anak2nya sendiri.....satu kesilapan yang lalu mengajar dia mengenal erti keperitan hari ini. Tapi aku tak salahkan dia.....satu pernikahan boleh dipertahankan jika kita berusaha ke arah itu, dan satu perkahwinan akan hancur jika kita sendiri yang menghancurkan kebahagiaan itu. Semua yang berlaku di atas mukabumi ini kita yang pilih sendiri.... bukannya orang lain. Nasib kita masih boleh diubah melainkan MATI. Sesaat pun tidak dapat diundur dan sesaatpun tak dapat dianjak. Aku hanya akan mengiringi dia dengan doa yang tulus dan ikhlas semoga dia akan dapat kebahagiaan yang harus dia miliki kerana aku masih lagi terikat dengan satu perjanjian yang mutlak. Biarlah hari-hari yang berlalu ini membawa seribu rahmat kepada kami. AMIN

Wednesday, March 24, 2010

APALAH ERTINYA HARI INI

Salam.....lama gak aku tak update cerita hidup aku ni.....emmm mungkin emosi yang kurang sehat menyebabkan aku malas lagi nak mencoretkan idea-idea yang bernas dalam ruangan yang agak berguna ini.....kenapa sekarang ni aku bagaikan ketandusan idea...kurang bersemangat...dah tak kuat macam aku yang dulu tu....sedih betul keadaan aku sekarang ni......ada sebenarnya yang mengganggu fikiran aku ni....tapi aku tak tahu nak mulakan dari mana....... Tak tahu nak luahkan macamana....... aku bingung ...... tak siapa jua yang akan faham.....apa yang aku rasakan ..........aku menulis ni pun sekadar aku ingin cuba melepaskan apa yang terbuku tetapi aku tetap tidak mampu....ya Allah complicated betul hidup aku ini.....sangat2 complicated......TOLONG aku perlu jadi manusia yang kuat, tabah, tidak akan mengalah dan aku ada harga diri............. aku ada nilai....aku adalah permata yang paling indah ciptaan Ilahi......kenapa aku tak ingat semua tu....itu lebih baik dari aku ingat yang lain......yang menyusahkan akal dan fikiran aku.....yang selalu melemahkan semangat juang ku..... aku tidak akan mengalah dengan halangan hidup.......aku mesti mencari sesuatu yang baru............aku yakin aku BOLEH!

Sunday, March 21, 2010

ISNIN DATANG LAGI

Salam.....hari ni hari isnin. Mood kerja pun tak berapa bagus sebab Sabtu dan Ahad aku banyak tidurrrrrr....zzzzzzzzzzz.......melepaskan tekanan hidup dan kerja sampai aku sakit kepala dibuatnya.....kerja aku.....tidur......... bangun tidur....... makan........tengok movie.........tidur......bangun tidur........... makan......... tengok movie.....adusss tak ada kemajuan langsung dalam hidup....teruk betul!!... Aku masak nasi lemak... makan aje aku mengantuk ...tidooooooooo..... ha bosan gak kalau terus-terusan macam ni.... makin gemukkkk! Apapun sekarang ni dah ada kemajuan dari segi berpakaian sebab aku dah boleh pakai baju kurung moden yang ada cutting body sket...kuang3x, pas ni diet lagi sampai leh pakai kebaya lak.....baru abang tahu...... silap-silap takut dia nak bagi aku jalan sendiri nanti.....kih kih kih..... jangan risau aku nakal sikit2 aje tapi aku masih tahu hukum hakam. Almaklum isteri orang ekkk.
Ok ar idea tandus sebab aku penat perah otak wat poskad impian satu malaysia....harap2 ada la rezeki untuk aku....leh gak jumpa pm nanti.

Wednesday, March 17, 2010

AKU BANGGA DENGAN STE4B

Hiii...jumpa lagi pagi ini. Alhamdulillah tak sia-sia aku bagi tunjuk ajar kat budak STE4B supaya ikut pertandingan nasyid Sempena Maulidur Rasul di kolej aku... Walaupun mamat2 ni semua poyo tapi tak sangka ada bakat semuanya. Walaupun letih melatih tapi pengorbanan tak sesia. Mereka dah melakukan yang terbaik. Seronok aku tengok dia orang semangat betul menyanyi terutamanya c mamat solo. Paling banyak cakap tapi suara macho man.... kih...kih....kih.....dia orang dapat tempat ke - 3 tu. Aku ngan Naza ingat nak belanja dia orang makan KFC dan belikan dia orang Hamper tempat ke - 3..... Apapun
aku berdebar-debar gak sekarang ni sebab durian yang aku tunggu belum gak gugur-gugur lagi ni....Adussssssss

Tuesday, March 16, 2010

JUMPA LAGI......

Salam..... semalam aku tak update cerita sebab aku banyak buang masa semalam....merapu aje aku dari pagi sampai ke petang.... mungkin ada sesuatu yang mengganggu akal fikiran aku ni kot..... apa dia biarlah aku aje yang tahu........
Sakit kepala pun tak baik-baik lagi makin parah nampaknya, makan ubatpun tak berapa nak jalan. lagi satu aku dah mula rasa nafas yang aku tarik ni macam sangkut-sangkut lak. Napa ek kesukaran untuk bernafas pulak aku ni.....penyakit baru ke?????
Pagi ni pun macam tak berapa semangat aku nak mengajar.....pening aje kepala aku ni....pening betul!. Alahai banyak tul penyakit baru yang timbul......aku rasa lepas ni aku nak g surau, makan ubat dan tidurrrrrr. Tak leh tahan......GELONGGGGG

Sunday, March 14, 2010

MINGGU YANG AKU TUNGGU

He he he.....isnin datang lagi....adusss kerja kerja kerja selagi tak tutup mata kena kerja.......sejak akhir-akhir ni kesihatan aku ni tak berapa bagus la.... asyikkk sakit aje... mungkin tahun 2010 ni kesihatan aku kacau sikit kot...sakit2 badan aku ni tak tahu la pasal apa.......tumpuan kerja pun semakin menjunam, tak bersemangat macam dulu.
Nak kata rindu kat suami memangpun, tapi hari-hari gak aku call dia, dia call aku.... rasanya tak jugak kot. Nak kata rindu kat mak, aku baru call dia, alhamdulillah mak sehat cuma jari mak kena gigit kucing aje....apalah punya kucing, dia ingat tangan mak aku ni badan tikus ke......nanti ko aku balik kampung.....aku dusss ko sekali.... berani eh ko gigit tangan mak aku...... hantu betullll.
Aku ni masih mencari mood nak wat kerja-kerja yang tersangkut sejak dari dulu-dulu lagi.Banyak benda yang tak selesai dalam hidup aku ni. Harapan aku minggu ni akan membawa satu perubahan besar dalam hidup aku ni sampai la bila-bila.... takkan la selamanya hidup kita ni akan susah terus, mesti gak ada kesenangan selepas dari kesusahan yang kita tempohi. Selepas susah ada senang dan selepas susah ada senang... ha ingat tu selalu......Amin.....
Oppppssss nampaknya aku macam tak ada idea sangat la pagi ni. Mungkin sebab aku masih "GELONG" kot, banyak sangat makan ubat....tahan sakit daaaa

Thursday, March 11, 2010

AKU BOSAN TAHAP GABAN

Jumpa lagi pagi ni......aku baru habis mesyuarat JPP KKTS, mungkin aku rasa bengang sket pagi ni sebab aku dituduh memilih pelajar untuk di bawa ke program syok sendiri...sedangkan aku berbincang tu dengan ketua penyelaras dan aku rasa pemilihan pelajar memang dah cukup adil. hai....pentadbiran baru dan angin pun baru la.......apa yang aku tahu aku tak seronok dah nak wat kerja kalau macam ni.....lagi satu macam ada pulak yang tak suka kalau aku asyik keluar kerana program JPP kebangsaan. Tolong laaaa aku pergi pun sebab aku memikul tanggungjawab di peringkat JPP Kebangsaan la. kalau rasa tak senang hati betul ambillah jawatan aku tu....aku give up. Orang selalu tak senang tengok orang lain lebih dan suka mencari kesalahan orang lain tapi tak nak lak melihat kepada kekurangan diri sendiri. Betullah dunia ni tak ada maknanya di sisi orang2 yang beriman, sampah!...... patutlah para solihin memilih akhirat kerana di sana tu abadi dan tak ada iri hati. Semakin kita mencintai Ilahi, semakin dalam kasihNya buat kita hambaNya yang lemah ni..... Tolonglah ya Allah biarlah aku ni diberi sakit gigi tapi janganlah Kau bagi aku ni sakit hati. Bila hati dah sakit, memang teruk padahnya. Astagfirullahal'azim ampun ya Allah!.
Kalaulah kerana aku ni banyak keluar pun menjadi satu masalah besar..... Ambil aje la jawatan aku tu dan bagilah kat orang lain, puas hati kan......!, mungkin aku ni tak layak....tak profesional.... tak tahu buat kerja.......entahlah!, Ya Allah, bagilah kembali jiwa aku yang tenang, senyuman aku yang manis........aku tak suka la kalau aku jadi macam ni.... bengong.... naik jugak angin aku pagi ni.....aduhai.......
Oklah lepas ni aku akan menghabiskan masaku untuk fokus kepada hal aku sendiri dan kehidupanku..... bisnesku..... tanggungjawab mengajarku..... yang lain aku tak mau ambil peduli lagi sebab ramai jugak staff baru kan......... so biarlah mereka yang ke depan....... dah tiba masanya aku rehat........tuak sudah aku ni mau pencen sudah!!!! (ha ha ha jadi orang Sabah lah pulak...) ish tak nak lah aku......Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri aku sendiri) itu maknanya baliklah kepada tempat asalmu...
Hem....lagi satu bengang betul aku.... manalah ada pengarah call nak jumpa aku ni... kalau ada pun takkanlah aku tak nak angkat atau call balik ......ish...... banyak betullah yang tak syok n dah serabut kat kolej ni......... Sabar ajelah dik non.... serafal la banyak2 aku ni.....bye!