Sunday, March 28, 2010

LA LA LA LA LA LA LA

hi...isnin datang lagi.....walaupun kepala aku sakit tetapi aku rasa sangat bahagia dua tiga hari ni.....kenapa???? sebab......aku dapat dengar suara dia.......orang yang aku harap dapat bagi aku sedikit kekuatan dalam mengharungi hidup aku ni....la la la la la "andai aku jadi milikmu, akan ku nyanyikan lagu rindu".....aku tak tahu kenapa aku rasa sayang sangat dengan dia, mungkin kerana dia juga telah melalui keperitan hidup yang sama dengan aku...dia kuat dan dia tabah dapat membesarkan anak2nya sendiri.....satu kesilapan yang lalu mengajar dia mengenal erti keperitan hari ini. Tapi aku tak salahkan dia.....satu pernikahan boleh dipertahankan jika kita berusaha ke arah itu, dan satu perkahwinan akan hancur jika kita sendiri yang menghancurkan kebahagiaan itu. Semua yang berlaku di atas mukabumi ini kita yang pilih sendiri.... bukannya orang lain. Nasib kita masih boleh diubah melainkan MATI. Sesaat pun tidak dapat diundur dan sesaatpun tak dapat dianjak. Aku hanya akan mengiringi dia dengan doa yang tulus dan ikhlas semoga dia akan dapat kebahagiaan yang harus dia miliki kerana aku masih lagi terikat dengan satu perjanjian yang mutlak. Biarlah hari-hari yang berlalu ini membawa seribu rahmat kepada kami. AMIN

No comments:

Post a Comment