Wednesday, March 10, 2010

HARI INI AKU MERINDU

Hi.....hari ini aku belajar lagi, menulis coretan di blog aku ni..... aku nak update kisah hidupku hari-hari.....aku makin rasa seronok meluahkan rasa hati aku di sini. Sekurang-kurangnya aku akan semakin tenang melalui hari-hari yang mendatang. Hari ini aku sakit lagi....he he he sakit gigi.....sakit perut.....adusssssss tapi sakit tu kan nikmat....kalau aku bersabar maka terhapuslah harap-harapnya dosa-dosa kecil aku kan???? Ya Allah ampunkanlah dosa hambaMu ini ya Allah, biarlah aku melalui kesusahan hidup di dunia ini tapi janganlah Engkau melupakan aku di akhirat kelak......

Rindu.....ha ha ha aku memang tengah merindu....rindu kepada suami yang sekarang jauh di mata....di mana yeeee???. Dia di kampung...menjaga emaknya yang sedang sakit, aku harap dia akan menjadi anak yang soleh buat mak dan ayah. Aku tak dapat nak jaga mak sebab aku kerja, tak leh cuti banyak-banyak, kena simpan untuk raya....maklumlah tahun ni nak beraya di dua negeri......aku harap mak cepat sembuh supaya abang boleh balik ke pangkuan aku. Kesian gak aku ni kena tinggal lama-lama...tapi kerana mak tak apalah. Berbaktilah abang untuk mak kerana tempat seorang anak lelaki di sisi ibunya dan tempat seorang isteri di sisi suami yang tercinta.........yang aku tahu SUNYINYA HARI-HARI AKU NI TANPA ABANG.....

No comments:

Post a Comment