Thursday, March 11, 2010

AKU BOSAN TAHAP GABAN

Jumpa lagi pagi ni......aku baru habis mesyuarat JPP KKTS, mungkin aku rasa bengang sket pagi ni sebab aku dituduh memilih pelajar untuk di bawa ke program syok sendiri...sedangkan aku berbincang tu dengan ketua penyelaras dan aku rasa pemilihan pelajar memang dah cukup adil. hai....pentadbiran baru dan angin pun baru la.......apa yang aku tahu aku tak seronok dah nak wat kerja kalau macam ni.....lagi satu macam ada pulak yang tak suka kalau aku asyik keluar kerana program JPP kebangsaan. Tolong laaaa aku pergi pun sebab aku memikul tanggungjawab di peringkat JPP Kebangsaan la. kalau rasa tak senang hati betul ambillah jawatan aku tu....aku give up. Orang selalu tak senang tengok orang lain lebih dan suka mencari kesalahan orang lain tapi tak nak lak melihat kepada kekurangan diri sendiri. Betullah dunia ni tak ada maknanya di sisi orang2 yang beriman, sampah!...... patutlah para solihin memilih akhirat kerana di sana tu abadi dan tak ada iri hati. Semakin kita mencintai Ilahi, semakin dalam kasihNya buat kita hambaNya yang lemah ni..... Tolonglah ya Allah biarlah aku ni diberi sakit gigi tapi janganlah Kau bagi aku ni sakit hati. Bila hati dah sakit, memang teruk padahnya. Astagfirullahal'azim ampun ya Allah!.
Kalaulah kerana aku ni banyak keluar pun menjadi satu masalah besar..... Ambil aje la jawatan aku tu dan bagilah kat orang lain, puas hati kan......!, mungkin aku ni tak layak....tak profesional.... tak tahu buat kerja.......entahlah!, Ya Allah, bagilah kembali jiwa aku yang tenang, senyuman aku yang manis........aku tak suka la kalau aku jadi macam ni.... bengong.... naik jugak angin aku pagi ni.....aduhai.......
Oklah lepas ni aku akan menghabiskan masaku untuk fokus kepada hal aku sendiri dan kehidupanku..... bisnesku..... tanggungjawab mengajarku..... yang lain aku tak mau ambil peduli lagi sebab ramai jugak staff baru kan......... so biarlah mereka yang ke depan....... dah tiba masanya aku rehat........tuak sudah aku ni mau pencen sudah!!!! (ha ha ha jadi orang Sabah lah pulak...) ish tak nak lah aku......Hujan emas di negeri orang, Hujan batu di negeri aku sendiri) itu maknanya baliklah kepada tempat asalmu...
Hem....lagi satu bengang betul aku.... manalah ada pengarah call nak jumpa aku ni... kalau ada pun takkanlah aku tak nak angkat atau call balik ......ish...... banyak betullah yang tak syok n dah serabut kat kolej ni......... Sabar ajelah dik non.... serafal la banyak2 aku ni.....bye!

No comments:

Post a Comment